Friday, May 29, 2009 | 9:25 PM
Salamun'Alaikum...My 2nd post for today..
Ok, skrg aku btol2 rase kehilangan..
I really miss them!! :'(
Air mataku ku meleleh tanpe disedari..
Kerna ku btol2 tk sangka ini semua akan terjadi dlm masa yg begitu cepat...
Aku sayang mereka!!
Next is the sajak I wrote for sir sarif...
Buat Mu Pemberi Ilmu
Guru,
Betapa ku sayangkan ukhuwah yang terjalin ini
Sungguh, banyak pelajaran dpt ku ambil darinya
Ku takut,Ku resah.
Kerna perpisahan akan berlaku
Guru,
Apakah yang akan terjadi nanti bila kau tiada disisi
Bagaimana dgn masa depan kami tanpamu menerangi jalan kami
Sunnguh dikau telah byk mendidik dan mangajariku
Erti sebenar kesabaran dan kekuatan
Guru,
Kehadiranmu,membawa cahaya inspirasi
Dikaulah pengubat duka dan lara
Bilaku buntu diselubungi sendu
Kau hadir meniupkan ketabahan untuk ku ukir senyuman
Guru,
Perpisahan yang akan berlaku ini
Benar-benar menguji keimanan kami pada yang Esa
Susah bagi kami untuk menerima realiti ini
Yang kau akan pergi..
Guru,
Bukan kami ingin melawan takdir
Tapi kerna kami terlalu sayangkan mu
Pasti sunyi sepi kehidupan kami dengan ketiadaan mu
Senyuman di bibirmu kan kami rindui
Guru,
Setiap kali perassan rindu ini datang
Inginku berlari mendakapmu
Tapi bila ku menada ke langit yang luas ini
Ku bahagia kerna ku sedar bahwa kita masih dibwah langit yang sama
Cukup membahagiakan!
Guru,
Andai tak ditakdirkan kita untuk bersua lagi
Ingatlah,kita tk perna dipisahkan
Kita akan bersama lagi di tempat yang kekal abadi
Iaitu di Syuga
Guru,
Iringilah perpisahan ini dengan saling mendoakan
Usapilah airmata kami dengan senyuman di wajahmu
Kerna senyumanmu penguat semangat kami
Guru,
Akan ku relakan pemergian.InsyaAllah
Kerna ku hanya ingin dikau bahagia
Tempat ini telah banyak meninggalkan memori
Semoga segala yang manis akan terus hidup dalam sejarah kita bersama
Guru,
Segala pengorbananmu,jerit payahmu
Demi mendidik dan mengajar kami
Takkan sesekali kami lupakan………
Guru
Andai diberi peulang inginku terbang tinggi di awangan
Kan ku petik bintang –bintang untuk ku jadikan hadiah untukmu
Sebagai tanda terima kasihku padamu
Ku Sayangg kamu, GURU!!!!!!!!!

Aku rindu Sir!!
:'(
:'(
Ya Allah,
Ku pohon, jadikan guruku ini sebaik kekasihMU,Muhammad
Semoga beliau akan tabah mengahrungi sgala ujian…
Dan seperti khulafa’rasyidin yang akan sentiasa menegakkan syariatmu
Andai semua itu terlalu besar ,
Cukuplah dengan dengan menjadikannya
seorang Muslim, mukmin yang betaqwa
Yang menyerahkan seluruh jiwa dan raganya
untuk menyintaiMU dan kekasihMU
Ya Allah,
Curahkanlah cinta dan kasihMu padanya
Sebagaimana beliau mencurahkan kasih sayangnya
buat kami hamba-hambaMu yang menuntut ilmuMU
Ya Allah,
Semoga beliaukan bahagia
Disisi keluargnya dan para sahabatnya….
~Aamiin Ya Rabbal ‘Aalamiin~